Mohammad Asyraf Khalib

RAMADAN bakal menjelang dan ia dinantikan seluruh umat Islam kerana sinonim sebagai bulan penuh keberkatan.

Bagi meraikan kedatangan bulan mulia ini, Boost melancarkan kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan. 

Menerusi kempen itu, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada pengguna seperti duit raya, pulangan tunai, sumbangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan banyak lagi.

Image

Kumpul Duit Raya RM10 PERCUMA!

Pada setiap Jumaat, pengguna Boost berpeluang menebusl duit raya bernilai RM10 menerusi Katalog Ganjaran BoostUP, ditawarkan bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Menariknya, duit raya terbabit boleh digunakan untuk membayar bil, membeli-belah secara fizikal atau dalam talian dengan minimum perbelanjaan RM100. 

Bagaimanapun, pastikan anda tidak terlepas peluang ini kerana tawaran duit raya adalah terhad dan tertakluk kepada pengguna terawal sahaja pada 1, 8, 15, 22 dan 29 April 2022.

Selain duit raya, pengguna Boost juga tidak boleh melepaskan peluang untuk merebut ganjaran sebanyak 100,000 Boost Stars dengan hanya berbelanja minimum RM50.

Image

Bawa pulang Perodua Ativa

Selain duit raya, Boost dan UnionPay menambah lebih kejutan di bulan Ramadan ini dengan tawaran sebuah kereta Perodua Ativa. 

Untuk merebut peluang memenangi kereta baharu ini, anda hanya perlu berbelanja menggunakan Boost di mana-mana kedai terpilih seperti Econsave, Petron, Jakel, TF Value dan OldTown White Coffee. Dengan berbelanja di kedai berkenaan, anda juga berpeluang menikmati pulangan tunai hingga RM20.

Image

Kongsikan KeberkaTEN Ramadan: Pulangan tunai Ramadan hingga RM100!

Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, Boost turut menawarkan beberapa pilihan tawaran pulangan tunai yang menarik untuk anda. 

Antaranya, anda boleh menikmati sehingga lima kali pulangan tunai bernilai RM2 apabila membeli juadah berbuka puasa menerusi McDelivery, KFC Online, Pizza Hut Online, Zus Coffee, EASI atau Beepit.

Bagi yang gemar berbelanja barang keperluan Ramadan seperti pakaian, produk kesihatan, kecantikan, barangan elektronik dan sebagainya, Boost menawarkan dua kali pulangan tunai bernilai RM5 untuk anda.

Bagaimanapun, pulangan tunai ini hanya tersedia bagi pembelian menerusi platform Haurabelle, Taobao, Zalora, Fave, Signature Snack, Go Shop dan SenQ sahaja.

Sementara itu, Boost turut menawarkan dua kali pulangan tunai bernilai RM5 bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM60 menggunakan Boost di WowShop.

Anda juga boleh menikmati tawaran lebih lumayan iaitu lima kali pulangan tunai bernilai RM20 apabila berbelanja minimum RM120 di ePheeLive. 

Image

Kongsi kebaikan dengan Boost

Sempena Ramadan tahun ini, jangan lepaskan peluang berkongsi kebaikan kepada golongan memerlukan dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 menerusi Boost. 

Bagi setiap sumbangan bernilai RM10, Boost akan menambah sebanyak RM1 lagi kepada NGO terpilih sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat anda.

Sebagai alternatif lebih mudah, anda juga boleh menggunakan Boost Stars untuk turut serta menyumbang. Hasil sumbangan akan diserahkan kepada NGO terpilih.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan dengan selamat dan mudah melalui ciri eZakat dalam aplikasi Boost.

Ramadan, Aidilfitri meriah dengan Boost

Dengan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik yang menanti pengguna, Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dijangka memberi pengalaman terbaik buat semua. 

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi e-dompet Boost di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery dan membeli-belah sambil beramal sepuasnya dengan Boost.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Kongsi KeberkaTEN Ramadan, layari www.myboost.com.my.

#KongsikanKeberkaTEN #MyBoostedRamadan #MyBoostApp #SenangJerBoost

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 4:00 PM