Antara aplikasi penstriman terkemuka yang tersedia di Unifi TV termasuklah Disney+ Hotstar, Warner TV & Boomerang, BBC, Lionsgate Play, beIN SPORTS, iQIYI dan WeTV. FOTO - Unifi
Antara aplikasi penstriman terkemuka yang tersedia di Unifi TV termasuklah Disney+ Hotstar, Warner TV & Boomerang, BBC, Lionsgate Play, beIN SPORTS, iQIYI dan WeTV. FOTO - Unifi
Muhammad Najmir Razaman

UNIFI baru-baru ini melancarkan Jelajah Extraordinary #BoxOfHappiness di Gurney Plaza Mall, Pulau Pinang bagi membawakan pengalaman interaktif baharu kepada komuniti di utara. 

Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Disember itu membawakan pengalaman digital luar skrin serta mengetengahkan beberapa penyedia kandungan dan aplikasi penstriman terkemuka yang ditawarkan Unifi TV seperti Disney+ Hotstar, BBC, iQIYI, WeTV dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Pemasaran TM  Shanti Jusnita Johari berkata, Jelajah Extraordinary ini menjadi peluang bagi mereka berinteraksi secara lebih dekat dengan pengguna setempat dan mendalami penyelesaian baharu bagi memenuhi keperluan pengguna.

"Bersama-sama rakan usaha sama kandungan kami, kami berbesar hati melancarkan acara ini di Pulau Pinang dan bertemu dengan para pelanggan di kawasan utara di mana kami berharap dapat menawarkan jalur lebar tetap, perkhidmatan mudah alih dan kandungan hiburan kepada lebih ramai rakyat Malaysia," katanya.

Pengunjung dari Pulau Pinang dan Lembah Klang dapat menyaksikan pendedahan serentak Unifi #BoxOfHappiness yang terletak di Gurney Plaza Mall, Taman Tasik Permaisuri, Berjaya Times Square, Setia City Mall dan Avenue K di majlis  pelancaran itu.

Selain berpeluang beramah mesra bersama selebriti seperti Masdo, Talitha, Shawn Lee, Nazim Othman dan Ruhainies, pelanggan Unifi juga berpeluang menerima cenderahati unik apabila mereka menyertai aktiviti di tapak pameran atau semasa aktiviti pentas.

Langgani Unifi sekarang untuk menikmati tawaran yang tersedia sempena acara pendedahan #BoxOfHappiness.

Unifi catat tiga juta pelanggan

Jelajah Extraordinary Unifi juga menjadi antara penghargaan Unifi buat pengguna mereka selepas berjaya mencatatkan sehingga tiga juta pelanggan setia.

Pelanggan boleh menonton secara percuma semua 72 saluran Unifi TV, diskaun sehingga 50 peratus bagi filem-filem berbayar pada setiap tontonan Unifi TV serta mencuba secara percuma aplikasi penstriman Unifi TV bermula 1 Disember lalu hingga 1 Januari 2023.

Selain itu, pelanggan sedia ada Unifi juga ditawarkan Unifi TV Ultimate Pack yang merangkumi lima aplikasi penstriman dan kesemua 72 saluran premium pada harga hanya RM60.

Bukan itu sahaja, Unifi turut menawarkan data 5G percuma untuk semua pelan tanpa had Unifi Mobile serta baik pulih perkhidmatan jalur lebar Unifi 24 jam atau jaminan rebat RM50.

Untuk mengetahui bagaimana Unifi menghargai tiga juta pelanggan dengan lebih lanjut, layari laman sesawang Unifi sekarang. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 9:30 AM