Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, 23 Februari lalu. FOTO BERNAMA
Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, 23 Februari lalu. FOTO BERNAMA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Tempoh reman suspek kes bunuh lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) yang mayatnya ditemui di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, di sini, Selasa lalu disambung sehingga 9 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, perintah reman selama tujuh hari disambung bermula esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 23 Februari lalu, mayat Chua Hock Soon @ Chua Leok Eng, 73, ditemui orang awam di hadapan sekolah berkenaan dengan kesan kecederaan di leher.

Terdahulu, polis menerima maklumat berhubung satu pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, pada 4.30 petang pada hari sama.

Polis kemudian menerima maklumat penemuan mayat mangsa yang dipercayai ada kaitan dengan kes pergaduhan yang diterima, sebelum itu.

Suspek berusia 30-an berjaya ditahan selepas dia melanggar seorang lelaki ketika memandu kereta Proton Saga dipercayai milik abangnya di perumahan awam Mergong, di sini, pada hari kejadian.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah

Berita berkaitan

Warga emas dibunuh kejam, mayat dicampak depan sekolah

Identiti mangsa kes bunuh dikenal pasti [METROTV]

Penganggur direman tujuh hari berkait kes bunuh kejam

Mati dikelar, atau ditetak dengan parang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 3:08 PM