Siraj Mohd Zaini


PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan membunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, pada 7 Januari lalu.

Tiada pengakuan direkodkan tertuduh, M D Ozziram, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar.

Mengikut pertuduhan, dia bersama tiga lagi yang masih bebas dengan niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap M Thiyahu, 30.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 5 petang hingga 5.30 petang di bawah Blok 53, Flat Nilam Sari, Jalan Plumbum 7/100A, Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 28 Februari depan.

Sebelum ini, NSTP melaporkan Thiyahu maut akibat ditetak sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang di kawasan kediamannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dilaporkan berkata, mangsa maut akibat ditetak dengan parang sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

Berita berkaitan

Polis buru tiga lagi lelaki

[UPDATE] Seorang lagi serah diri

Suspek bunuh bekas calon AMK ditahan [METROTV]

M Thiyahu, hero sebenar...

Bekas calon AMK Shah Alam maut ditetak

Ends..

From: Fida

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 1:33 PM
ANGGOTA polis membawa suspek  ke Mahkamah Majistret Shah Alam . FOTO Roslin Mat Tahir
ANGGOTA polis membawa suspek ke Mahkamah Majistret Shah Alam . FOTO Roslin Mat Tahir