Nik Mohd Azlan (kanan) ketika bercakap kepada media memaklumkan tiada waris tampil semasa MAIK menguar-uarkan untuk memindahkan kubur-kubur terbabit.
Nik Mohd Azlan (kanan) ketika bercakap kepada media memaklumkan tiada waris tampil semasa MAIK menguar-uarkan untuk memindahkan kubur-kubur terbabit.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif

POLIS mengesahkan bahawa kematian kedua-dua kanak-kanak yang ditetak dan dikelar oleh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan semalam adalah disebabkan cedera di bahagian depan leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridal Wahid berkata, berdasarkan keputusan bedah siasat yang dijalankan di Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar sejak pagi hari ini mendapati kedua-dua mangsa yang berusia lima dan setahun itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan yang sama.

“Berdasarkan keputusan bedah siasat yang dijalankan hari ini, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher.

“Kecederaan ini membabitkan salur darah utama dan salur pernafasan yang terputus akibat dikelar oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, setakat ini punca dan motif amukan suspek masih disiasat.

Suspek juga turut direman sehingga 15 Januari untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, dua kanak-kanak, Nurul Hanim Idris, 5 ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya, Muhammad Hafiz, setahun dikelar pada leher sementara anak sulung mereka Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Berita berkaitan

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah' [METROTV]

'Dia serang dengan kayu dulu...'

'Dia serang dengan kayu dulu...'

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 9:44 PM