FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Kerajaan negeri hari ini dimaklumkan oleh Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengenai penemuan dua lapangan gas baharu di luar pesisir negeri itu.

Jurucakap Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata, kedua-dua lapangan gas itu ditemui hasil penerokaan telaga penilaian Lang Lebah-2 di Blok SK410B di Wilayah Luconia Tengah

Beliau berkata, penemuan itu seperti yang diumumkan dua minggu lalu dan penemuan lain yang diumumkan dengan Dokong 1 di Blok SK417 .

"Berikutan itu, perbincangan lanjut akan diadakan antara Petronas dan kerajaan negeri berdasarkan terma Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA).

"Rundingan itu akan membawa manfaat yang lebih besar kepada kedua-dua pihak, Sarawak dan Petronas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 5:10 PM