MOHD Fahmi Mohamad Nadzri atau gelaran  Speed de Clown mengenakan kostum badut ketika menghantar makanan dengan keretanya. FOTO Nazri Abu Bakar
MOHD Fahmi Mohamad Nadzri atau gelaran Speed de Clown mengenakan kostum badut ketika menghantar makanan dengan keretanya. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


Melaka: "Biarpun berpeluh, panas, rimas dan penat namun saya lakukan semata-mata untuk sesuap nasi, kerana ketika ini industri badut terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Mohd Fahmi Mohamad Nadzri , 29, yang menjadi penghantar makanan sambil mengenakan kostum badut.

Katanya, pendekatan berkenaan digunakan bagi membolehkan dirinya menjadi pilihan pelanggan untuk menggunakan khidmatnya.

MenuMelaka: "Biarpun terpaksa berpeluh, rimas dan penat namun saya lakukan semata-mata untuk sesuap nasi, ketika ini industri badut terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Mohd Fahmi Mohamad Nadzri , 29, yang menjadi penghantar makanan sambil mengenakan kostum badut.

Katanya, pendekatan berkenaan digunakan bagi membolehkan dirinya menjadi pilihan pelanggan untuk menggunakan khidmatnya.

Menurutnya, ketiadaan majlis sambutan hari jadi, perayaan dan keramaian menyebabkan persembahan badut secara automatik terhenti.

Persaingan hebat dalam perkhidmatan berkenaan katanya turut mendorong dirinya mengenakan kostum badut sejak seminggu lalu bagi meraih pendapatan untuk menampung keluarga serta sewa rumah.

"Bagi mengelak dihalau penyewa dan kereta ditarik serta memenuhi keperluan dapur, saya melakukan konsep sedemikian walaupun kurang selesa berpanas, berbahang atau berhujan untuk menghantar makanan.

"Memang terdapat perbezaan sebagai 'runner' badut atau ketika mengadakan persembahan kerana ketika menjadi runner pastinya lebih banyak di jalan raya, namun jika aktiviti badut agak selesa di hotel dan lokasi hawa dingin," katanya.

Mohd Fahmi berkata, sudah lebih hampir 10 tahun dia aktif dalam bidang berkenaan menyebabkannya enggan mengalah dan membiarkan kustom tergantung begitu sahaja.

Malah dengan cara itu, dirinya berjaya melepaskan kerinduan untuk kembali aktif.

Katanya, dia amat bersyukur setakat ini sambutan amat menggalakkan menerusi penampilannya itu.

Malah dengan cara demikian dia turut mendapat tempahan lisan daripada pelanggan yang ingin menggunakan khidmat badut jika pandemik Covid-19 berakhir kelak.

Dia yang mengakui tidak mampu membayar sewa rumah dan ansuran kereta ketika PKP tahun lalu berikutan hilang pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan untuk menyara isteri yang tidak bekerja dan seorang anak yang berusia enam bulan, namun kini mula menyesuaikan diri dengan konsep badut di jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 3:36 PM