Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap  merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau. FOTO Mohd Amin Jalil
Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau. FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil


Rembau: Umno bersikap terbuka dan tidak menolak sebarang perundingan mengenai kedudukan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tetap dengan pendirian bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi termasuk di 55 Parlimen yang dimenangi pada PRU Ke-14 lalu.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain tapi dalam situasi memerlukan sokongan, kita boleh tambah lagi nilai untuk memperkasakan parti.

"Namun jika mereka (Bersatu) bersetuju dengan pandangan kita pada perundingan nanti dan jika semua pihak berpuas hati dengan cadangan atau pandangan yang diberikan, itu adalah lebih baik dan kita tidak perlu menolak sepenuhnya (rundingan).

"Namun parti akan buat keputusan mengenainya (pengagihan kerusi)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknonologi dan Inovasi merangkap Timbalan Ketua Umno Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta barisan kepemimpinan bahagian.

Persidangan perwakilan itu diadakan dalam normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau mengulas mengenai kenyataan Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa Umno hanya akan bekerjasama dengan Pas tanpa membabitkan Bersatu bagi menghadapi PRU-15.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 3:47 PM