KEADAAN pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso sehingga mengakibatkan sembilan mangsa lemas. FOTO BERNAMA
KEADAAN pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso sehingga mengakibatkan sembilan mangsa lemas. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Sibu: Jasad tiga mangsa insiden Pangkalan Feri Triso tiba di Rumah Mayat Sibu di Jalan Bukit Lima, pada kira-kira 1 pagi, hari ini dengan dua van jenazah.

Setibanya di pusat pengurusan mayat itu, jasad Lorna Ting, 33, dan dua anaknya Alvin Phang, 12 , dan Wallace Phang, 7, disambut oleh Phang Wei Beng, suami dan ayah kepada mangsa tersebut.

Menurut ketua rombongan pembawa van jenazah tersebut Mohammad Sepian Abg Daud, mereka bertolak dari Hospital Sri Aman kira-kira 8 malam tadi, selepas selesai upacara sembahyang khas untuk ketiga-tiga mangsa itu.

Jasad tiga beranak tersebut akan ditempatkan di pusat pengurusan mayat itu, bagi membolehkan saudara mara datang untuk menziarahi sebelum dibawa ke Taman Peringatan Nirvana untuk dibakar pada pagi Selasa.

Mereka adalah sebahagian daripada sembilan sekeluarga yang meninggal dunia, apabila sebuah kenderaan pacuan terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Jumaat lalu.

Kakak kepada Lorna, Siti Aishah Abdullah, 36, dan lima anak beliau - Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16; Khairunnisa, 14; Mohd Aiman, tujuh, Muhd Mustaqim, lima, dan Mohd Ahmad, empat bulan, dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Hulu di Sri Aman pada 6.22 petang.

Pengkebumian itu telah dihadiri oleh suami Siti Aishah, Mohamad Hamzah Razali, saudara mara dan rakan-rakan.

Berita berkaitan:

  • Enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad
  • Juragan trauma kenang tragedi
  • 'Saya hilang dua anak, tujuh cucu serentak'
  • Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial
  • Kenderaan hilang kawalan sebelum jatuh ke sungai
  • Kerajaan Sarawak akan siasat punca kejadian
  • Terkorban ketika nak hantar ahli keluarga ke tahfiz
  • Seorang lagi meninggal dunia [METROTV]
  • 8 sekeluarga lemas, kenderaan jatuh sungai [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 12:03 PM