KEMALANGAN membabitkan MPV polis di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin, pagi tadi. FOTO tular
KEMALANGAN membabitkan MPV polis di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin, pagi tadi. FOTO tular
Omar Ahmad


Johor Bahru: Dua anggota polis cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin, di sini, jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kemalangan membabitkan kereta peronda (MPV) polis dengan Perodua Myvi.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang gagal membrek dan terlanggar bahagian belakang MPV.

"Akibat daripada pelanggaran itu, MPV terbabas dan melanggar tiang di pembahagi jalan.

"Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. Pemandu dan anggota MPV mengalami kecederaan manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 8:13 PM