LELAKI cedera di kepala selepas terbabit dalam pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar. FOTO Hairul Anuar
LELAKI cedera di kepala selepas terbabit dalam pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar. FOTO Hairul Anuar
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera di kepala selepas terbabit dalam pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian 12.20 tengah malam itu berpunca apabila suspek tidak berpuas hati akibat berlaku kemalangan.

"Suspek menaiki kenderaan bersama tiga atau empat individu yang lain bertindak menyerang mangsa.

"Lelaki berkenaan menggunakan pisau kecil dan mencederakan mangsa di bahagian kepala," katanya.

Anuar berkata, selepas menerima maklumat daripada orang awam sepasukan polis ke lokasi kejadian dan melihat mangsa terbaring di atas jalan raya

"Polis kini sedang mengenal pasti identiti mangsa dan suspek.

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 5:25 PM