Anak-anak mestilah diajar kesabaran dan sifat mengenal matlamat demi memastikan kejayaan pada masa hadapan - FOTO MILO
Anak-anak mestilah diajar kesabaran dan sifat mengenal matlamat demi memastikan kejayaan pada masa hadapan - FOTO MILO
Mohammad Asyraf Khalib

PENCAPAIAN akademik anak sering menjadi keutamaan bagi kebanyakan ibu bapa di Malaysia.

Namun, penekanan terhadap aspek itu menjadi penyebab perkembangan sifat peribadi serta nilai murni yang lebih penting dalam memacu dan melestarikan kejayaan anak di masa hadapan terabai.

Justeru, dengan berpegang sukan adalah pendidik yang dapat memupuk pengajaran kehidupan serta nilai murni yang penting, MILO®️ baru-baru ini menerajui kajian dalam kalangan pendidik dan majikan.

Kajian Kecekalan Tangga Kejayaan (The Grit Advantage) MILO®️ itu bertujuan menghuraikan sifat utama yang membezakan antara individu berjaya.

Image

Menerusi kajian itu, 80 peratus pendidik dan majikan bersetuju bahawa sifat "cekal" adalah faktor penentu yang mendorong anak ke arah kecemerlangan  bermakna dan berterusan pada abad ke-21 ini.

"Cekal" ditakrifkan sebagai tekad dan kesungguhan untuk mencapai matlamat jangka panjang serta bermakna.

Ia merangkumi sifat yang sering dikaitkan dengan minda, semangat dan sikap juara takkan gentar seperti keberanian, keazaman, ketahanan, ketabahan, tekad, kegigihan, ketekunan dan kecemerlangan.

Selain kepentingan sifat cekal, kajian turut meneliti sikap dan tingkah laku pelajar dan golongan profesional muda ketika ini yang akan mempengaruhi persepsi serta cara mereka mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Menerusi kajian Kecekalan Tangga Kejayaan yang dilakukan baru-baru ini, antara dapatan utama diperoleh adalah pendidik menegaskan bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak mencukupi.

Image

Menurut tiga daripada empat pendidik, keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum amat penting untuk menentukan kejayaan.

Sebanyak 71 peratus mengatakan pentingnya kanak-kanak belajar daripada kegagalan untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan, manakala 82 peratus percaya "keazaman untuk mengejar matlamat tanpa putus asa" adalah penentu awal kejayaan yang paling penting.

Manakala, 93 peratus pendidik pula percaya sifat cekal sangat penting untuk membentuk peribadi dan memenuhi tekad seseorang.

Selain itu, dapatan utama lain ialah majikan mendapati golongan profesional muda hari ini kurang cekal. Golongan profesional muda hari ini suka mencari jalan keluar mudah dengan 79 peratus majikan melihat perjalanan karier mereka juga tidak konsisten dan kerap menukar pekerjaan pada resume.

Oleh itu, menerusi kajian itu juga 72 peratus menyatakan anak-anak mestilah diajar kesabaran dan sifat mengenal matlamat demi memastikan kejayaan pada masa hadapan.

Image

Sebanyak 70 peratus pula menyatakan golongan profesional muda mestilah terbuka dalam melakukan kesilapan serta menjadikannya sebagai pengajaran.

Dalam soal pengambilan pekerja pula, tujuh daripada 10 majikan akan memilih individu berperibadi tinggi dan menyeluruh berbanding mereka yang hanya sekadar cemerlang akademik.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, MILO®️ sudah 70 tahun menyokong pembangunan negara ini dengan cita-cita mendorong rakyat Malaysia melangkah lebih jauh.

Dalam berhadapan situasi semasa yang tidak menentu cabarannya ini, kata Su Yen, pihaknya menemukan sifat cekal sebagai unsur kritikal dalam perkembangan kanak-kanak yang dapat menguatkan tekad mereka mengharungi cabaran masa hadapan.

"Berpandukan kajian Kecekalan Tangga Kejayaan, kami berharap dapat mencetuskan perbincangan berkaitan sifat cekal dengan menyatukan pakar dalam sektor pendidikan dan pekerjaan.

"Kami juga ingin mengukuhkan peranan kami dalam membantu ibu bapa membesarkan anak-anak mereka dengan penuh sifat cekal, tidak kira apa juga minat anak-anak mereka.

"Umpama pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya', kami berusaha memberikan maklumat serta inspirasi kepada ibu bapa untuk mula mempersiapsiagakan anak-anak mereka ke arah kejayaan masa hadapan dengan kecekalan seorang juara sejak usia muda lagi," katanya. 

Justeru, rakyat Malaysia dijemput menyertai perbincangan MILO®️Grit Advantage Forum yang akan menampilkan barisan panel pakar dalam bidang masing-masing.

MILO®️ Grit Advantage Forum berlangsung pada 3 Disember ini dari jam 9 hingga 10 malam melalui laman sosial Facebook MILO®️ Malaysia.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 9:13 AM