Pelanggan Lazada boleh menikmati tawaran berbaloi dan servis penghantaran percuma. - FOTO Lazada.
Pelanggan Lazada boleh menikmati tawaran berbaloi dan servis penghantaran percuma. - FOTO Lazada.
Muhammad Najmir Razaman

SEBAGAI perintis platform beli-belah dalam talian di Malaysia, Lazada terus tampil bagi memberikan khidmat terbaik kepada para pengguna.

Terkini, Lazada melancarkan ciri 'RM9.90 Semua Ada' sebagai tarikan terbaharunya. 

Dengan slogan 'Tambah ke Troli, Tambah ke Hidup', Lazada menjanjikan tawaran hebat kepada orang ramai yang semakin teruja membeli-belah dalam talian, khususnya dengan pelbagai promosi berganda.

Melalui pakej 'RM9.90 Semua Ada', pengguna dapat menikmati tawaran dan promosi yang pasti menawan hati dan yang pentingnya pada harga yang berpatutan.

Jika sebelum ini pengguna perlu berbelanja minimum RM15 bagi melayakkan mereka menebus baucar penghantaran percuma, tetapi kini tidak lagi.

Dengan pembelian minimum sebanyak hanya RM8, para pengguna boleh menikmati kos penghantaran percuma.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh menikmati promosi produk serendah 10 sen.

Malahan, pengguna baharu Lazada juga layak mendapatkan baucar perbelanjaan sebanyak RM15, tanpa belanja minimum.

Tawaran hebat ini pastinya memberi kepuasan dan membantu orang ramai mendapatkan produk keperluan pada harga yang amat berbaloi di Lazada.

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai tawaran hangat, layari sosial media rasmi Lazada di Twitter @LazadaMy, Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada.my atau terus ke aplikasi  Lazada Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2022 @ 4:20 PM