Fahrin Ahmad antara selebriti yang turut serta dalam MILO Rentak Aktif. - FOTO MILO Malaysia
Fahrin Ahmad antara selebriti yang turut serta dalam MILO Rentak Aktif. - FOTO MILO Malaysia
Nurmastura Zulkafli

KOMITED menggalakkan rakyat membudayakan gaya hidup sihat, inisiatif MILO Rentak Aktif di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku berjaya menjadi pemudah cara rakyat kekal aktif dalam norma baharu.

Ahmad Fadhly Shah, Pembantu Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad. - FOTO MILO Malaysia

Pembantu Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ahmad Fadhly Shah berkata, pihaknya amat teruja dan berbangga dengan sambutan rakyat yang amat menggalakkan.

"MILO Rentak Aktif telah menarik lebih 250,000 tontonan di saluran Youtube MILO Malaysia dan angka itu kian bertambah kerana mereka yang tidak berkesempatan sebelum ini masih boleh mengikuti semula mana-mana sesi pilihan pada bila-bila masa sahaja, terutamanya sekarang sedang kita semakin berwaspada menjaga keselamatan dan penjarakan sosial antara satu sama lain," tambahnya.

Cara mudah untuk kekal aktif

Senam aerobik dipimpin oleh 4 jurulatih kecergasan. -FOTO Youtube MILO

MILO Rentak Aktif diilhamkan melalui senam aerobik yang popular ketika Hari Sarapan Malaysia MILO sejak beberapa tahun yang lalu selain daripada lagu tema kempen Aktif Negaraku nyanyian Jaclyn Victor.

Program gaya hidup aktif terbaharu yang pertama seumpamanya di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku ini, bertujuan untuk membudayakan kebaikan gaya hidup aktif dengan cara yang paling asas dan mudah untuk semua, iaitu melalui senam aerobik.

Dilancarkan pada 15 Ogos lalu secara penstriman langsung menerusi saluran Youtube MILO Malaysia, MILO Rentak Aktif mengajak penonton bergerak aktif mengikut koreografi mudah yang sesuai diikuti seisi keluarga dari semua peringkat usia yang dipimpin oleh empat jurulatih kecergasan.

Lebih istimewa setiap sesi turut menampilkan selebriti serta personaliti jemputan khas seperti Anas Tahir, Hasnida Hanim, Azim Wahab, Izzat Zin, Nadia Heng dan Radin ERA serta ratu gimnastik kebangsaan Izzah Amzan.

Jaclyn Victor, teraju utama kempen MILO Aktif Negaraku. - FOTO MILO Malaysia

Sesi kelima yang juga merupakan kemuncak MILO Rentak Aktif berlangsung pada 10 Oktober lalu dengan penampilan khas Jaclyn Victor, selaku teraju utama kempen MILO Aktif Negaraku tahun ini, disertai rakan selebriti seperti Fahrin Ahmad, Aina Abdul dan Mei Yan.

MILO Aktif Negaraku – Aktif Milik Semua

Selaku peneraju pembangunan sukan akar umbi dan gaya hidup aktif, MILO meneruskan kempen MILO Aktif Negaraku dengan fokus untuk membangkitkan semangat dalam diri rakyat Malaysia.

Di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku sebelum ini terdapat pelbagai program sukan dan kecergasan seperti MILO Hidup Bola, MILO Champions Clinic dan MILO Activ Jam Senam Aerobik. 

Kempen ini kemudiannya diberikan suntikan nafas baru bersesuaian dengan norma baharu melalui pelancaran MILO Rentak Aktif, ini bagi memastikan setiap program mempunyai kelainan serta menepati minat segenap lapisan masyarakat.

MILO percaya gaya hidup aktif bukan hanya untuk atlet atau golongan yang tertentu sahaja, ia harus dimanfaatkan oleh setiap individu kerana gaya hidup aktif itu mudah, serta memberikan banyak kebaikannya bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan aktif milik semua. 

Kesemua lima sesi MILO Rentak Aktif boleh distrim semula menerusi saluran Youtube MILO Malaysia di www.youtube.com/user/MILOMalaysia/

Ayuh kekal aktif bersama MILO dan semarakkan gaya hidup aktif dengan mengikuti  laman Facebook MILO Malaysia

Jom Aktif Negaraku!

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 10:21 AM