Singgah Kertih terletak berdekatan Pantai Kuala Kertih direka berkonsepkan reka bentuk moden. - FOTO Singgah Kertih
Singgah Kertih terletak berdekatan Pantai Kuala Kertih direka berkonsepkan reka bentuk moden. - FOTO Singgah Kertih
Nur Amirah Abd Rani

INDUSTRI perhotelan dan pelancongan antara perniagaan yang paling terkesan berikutan pandemik Covid-19. 

Oleh itu, Singgah Kertih memandang serius dan mengutamakan kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan setiap pelancong melalui operasi sanitasi berkala. 

Singgah Kertih adalah salah satu hotel dibawah pengurusan KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd iaitu anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). 

KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd (KHRSB) juga turut menawarkan pakej penginapan istimewa buat pelancong.

Selain itu mereka turut menawarkan perkhidmatan nasihat dan khidmat pengurusan hotel dari pihak KHRSB bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan perhotelan.  

Terletak di Persiaran Seligi Bandar Baru Kertih, Terengganu, hotel butik ini direka bagi pelancong yang dalam perjalanan perniagaan dan percutian bersama keluarga. 

Singgah Kertih, pilihan pengembara bersemangat bebas

Image

Diilhamkan dari reka bentuk moden, Singgah Kertih menawarkan suasana desa, santai dan selesa dengan corak dan gaya eksentrik hiasan dalaman hotel, khusus buat pelancong. 

Berdasarkan ulasan tetamu secara dalam talian, rata-rata pengunjung berpuas hati dengan servis dan suasana bilik di Singgah Kertih. 

Hadir dengan tiga bilik berbeza serendah RM188 satu malam beserta sarapan pagi di LengQuas Cafe, hotel ini menawarkan pakej bilik standard, superior dan deluxe. 

Setiap bilik dilengkapi kemudahan Wi-Fi, televisyen, minuman serta barangan asas peribadi.

Image

Tetamu di Singgah Kertih boleh menikmati tarikan utama Negeri Terengganu serta bersantai di Pusat Sanktuari Penyu Ma' Daerah terletak kira-kira 15 minit perjalanan. 

Pelancong boleh mempelajari ilmu berkaitan pemeliharaan penyu, proses penyimpanan dan penetasan telur penyu dan proses melepas anak-anak penyu ke laut, jauh dari pemangsa dan pemburu haram.

Dengan hanya jarak empat minit dari Singgah Kertih, pelancong tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat dan singgah ke salah satu tempat menarik di Kertih, iaitu Muzium 3D Kertih. 

Muzium ini menawarkan keunikan berbeza dengan muzium 3D lain oleh kerana tarikan utamanya adalah hasil lukisan pelukis tempatan negeri Terengganu. 

Pelancong juga boleh mengambil kesempatan untuk mempelajari mengenai sejarah Negeri Terengganu menerusi lebih 30 lukisan elemen-elemen sejarah, kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Muzium ini. 

Selain itu, pengunjung juga boleh meluangkan masa di Mesra Mall, destinasi membeli-belah moden terletak di Kemasik. 

Bagi tetamu dalam perjalanan perniagaan, lokasi strategik Singgah Kertih hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke pusat pengawasan operasi pelantar minyak serta pengeluar petrokimia dan penapisan minyak mentah di Paka.

Selain itu, dengan jarak 10 minit, Lapangan Terbang Kertih dengan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang akan memudahkan urusan pulang bagi tetamu di hotel ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan, hubungi 609-8250111 dan tempahan bilik boleh dibuat menerusi [email protected]

Sila layari laman sesawang https://singgah.com.my dan ikuti Facebook serta Instagram untuk promosi serta info terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 2:08 PM