Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap siasatan segera dijalankan berhubung insiden anggota bomba ditumbuk orang awam ketika memadamkan kebakaran kereta di Bandar Tun Hussein Onn, hari ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pengorbanan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai barisan hadapan seharusnya diiktiraf masyarakat.

Beliau mengakui terkilan dan terguris selepas melihat rakaman video kejadian itu.

"Anggota JBPM yang dipukul oleh orang awam itu sudah membuat laporan polis.

"Saya berharap siasatan dapat dijalankan segera dan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat seharusnya menghormati tugas anggota bomba yang terbukti memikul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan yang dihanyutkan arus di Lorong Ikan Jelawat 8, Kampung, Ampang Campuran di Ampang, hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan yang dihanyutkan arus di Lorong Ikan Jelawat 8, Kampung, Ampang Campuran di Ampang, hari ini. Foto Ihsan JBPM

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan kemudiannya mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek didapati positif dadah.

Berita berkaitan

Apa masalah kau tumbuk abang bomba?

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 6:02 PM