GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memutuskan untuk menangguhkan semua temujanji majlis akad nikah yang dijadualkan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang (Paid Klang) mulai esok.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keputusan itu membabitkan temujanji pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.

Menurutnya, penangguhan dibuat berikutan semua aktiviti di masjid dan surau sudah ditangguhkan oleh Jais yang membabitkan seluruh Daerah Klang dikuatkuasakan 7 Oktober lalu.

"Selain itu, ia selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan 9 Oktober lalu.

"Sebarang temujanji akad nikah individu di Paid Klang akan dijadualkan semula," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah di daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 11:58 PM