Nor Fazlina Abdul Rahim


Bachok : Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan hasrat untuk bertemu dengan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin.

"Sebagaimana yang saya katakan, kita akan berjumpa selepas ini.

"Pada masa sama, isu yang berlaku itu dipolitikkan oleh DAP yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelajar berkenaan.

"Sebab itu saya kata apabila isu ini timbul di Parlimen,saya tidak menjawab, sebab tak mahu DAP ambil kesempatan.

"DAP mahu ambil kesempatan untuk guna isu ini sebagai 'mileage' politik dan mahu larikan isu Lim Guan Eng, isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti peringkat negeri Kelantan di Pengkalan Petah, di sini, hari ini.

ZAHIDI pada Program Merdeka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ZAHIDI pada Program Merdeka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Jun lalu, video penuntut pelajar jurusan Asasi Sains dari UMS itu, menduduki peperiksaan atas pokok bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik tular di media sosial.

Zahidi kemudian dilaporkan berkata Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara.

Bagaimanapun, Zahidi sudah memohon maaf dan berkata beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan berhubung perkara itu.

ZAHIDI pada Program Merdeka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ZAHIDI pada Program Merdeka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 1:04 PM