GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kluster Telaga di Kedah masih aktif apabila satu kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-9,391 itu adalah kontak rapat kepada kes indeks (kes ke-9,284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

"Beliau didapati positif Covid-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, jumlah kes positif Covid-19 dalam kluster itu kini sebanyak sembilan kes.

Katanya, seramai 3,458 individu disaring dalam kluster itu dengan 2,744 individu negatif manakala 705 masih menunggu keputusan.

"Pengesanan kes aktif dan saringan kontak rapat sudah dijalankan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 5:36 PM