GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


LELAKI berusia 34 tahun berasal dari Padang Besar ditemui mati ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand di Sadao, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan sudah dikebumikan selepas dituntut ibunya yang juga warga Thailand.

Katanya, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan masuk ke negara berkenaan secara haram.

"Difahamkan lelaki terbabit membunuh diri dengan menjerut lehernya dengan baju yang diikat pada jeriji lokap.

"Dia ditemui tidak sedarkan diri pada 1.30 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh hospital tempatan pada 4.30 petang Jumaat lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 8:30 AM