SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan. FOTO ihsan FB
SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan. FOTO ihsan FB
Noor Hidayah Tanzizi


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan menafikan dakwaan seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19 seperti yang tular di laman sosial.

Pengetuanya, Zulkarnain Abd Kamal berkata, pelajar terbabit mempunyai gejala, namun belum disahkan positif wabak itu dan masih dalam peringkat saringan.

"Pihak sekolah memohon semua pihak tidak menyebarkan berita palsu berkenaan bagi mengelakkan keadaan panik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi sekolah berkenaan, hari ini.

Kenyataan tular itu mendedahkan terdapat kes Covid-19 baharu berlaku di Perak apabila seorang daripada pelajar sekolah itu dijangkiti wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 6:28 PM