SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


DALANG utama penjenayah yang disyaki menculik dan membunuh ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disambung reman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Suspek yang bergelar Datuk itu dibawa bersama seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bagi menyambung reman yang tamat hari ini.

Peguam bela yang mewakili suspek, Datuk N Sivanathan berkata, mahkamah bersetuju untuk membenarkan anak guamnya disambung reman selama tujuh hari.

"Sambung reman selama tujuh hari turut diberikan kepada seorang lagi suspek.

"Itu sahaja yang saya boleh beritahu, lain-lain perkara saya tidak boleh dedahkan setakat ini," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Semalam, empt individu yang disyaki terbabit dalam kes penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disambung reman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek termasuk seorang warga Bangladesh disambung reman lima hari sehingga 6 Julai ini.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 3(3) Akta Culik 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, mayat dipercayai ahli perniagaan itu ditemui dibuang di lereng bukit di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya.

Mangsa sebelum itu diculik ketika berjoging di taman permainan Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara pada 10.30 pagi, 10 Jun lalu dan dikurung di sebuah rumah di Taman Kosaso, Rawang.

Berita berkaitan

Culik Datuk Seri: Kes diklasifikasikan bunuh

Pembunuhan Datuk Seri bermotifkan wang

Dalang kes bunuh pernah jadi calon DUN Selangor

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Datuk Seri diculik ditemui mati

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 12:59 PM