LEE (tengah) meninjau orang ramai  yang hadir menderma darah di MMC Seremban, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.
LEE (tengah) meninjau orang ramai yang hadir menderma darah di MMC Seremban, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.
Mohd Amin Jalil


HOSPITAL Mawar dan Pusat Hemodialisis Mawar (MMC) menyasarkan mengumpul sekurang-kurangnya 200 beg darah dalam program Kempen Derma Darah 2020 yang diadakan selama dua hari, mulai semalam.

Naib Presiden Eksekutif Kumpulan MMC Datuk Lee Tian Hock berkata, program terbesar itu bertujuan membantu Pusat Perkhidmatan Darah Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban yang memerlukan bekalan berterusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, pihaknya turut mendapat sokongan daripada Persatuan Budha Seremban.

"Pada bulan lalu, kami adakan kempen ini tetapi disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tidak ramai yang tanpil menderma darah, hanya 50 beg darah saja dapat dikumpulkan.

"Jadi, kali ini kita anjurkan sekali lagi Berikutan itu, ketika PKPP ini kami menganjurkan sekali lagi kempen ini dengan harapan lebih ramai yang hadir menyumbang untuk membantu isi tabung darah hospital," katanya kepada media selepas meninjau program itu di MMC di Seremban, hari ini.

Lee berkata, program itu juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat pihaknya.

Katanya, ia akan dijadikan program berkala pada masa hadapan dalam usaha memenuhi keperluan perubatan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 4:07 PM