KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan dengan pejalan kaki. FOTO ihsan polis
KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan dengan pejalan kaki. FOTO ihsan polis
Nurul Hidayah Bahaudin


PEJALAN kaki lelaki parah dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 13.7 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Batu Caves, di Gombak, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika Toyota Vellfire dipandu lelaki berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur pada 1.30 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pejalan kaki berkenaan tiba-tiba berlari melintas jalan ketika kenderaan berkenaan berada di lorong tengah laluan itu.

"Pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar pejalan kaki berkenaan. Kejadian itu menyebabkan mangsa parah pada keseluruhan badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, Gombak, semalam.

Arifai berkata, pemandu MPV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Semakan dilakukan mendapati tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Dzulhafizie Abd Rasid di talian 013-7465469 untuk tindakan lanjut," katanya.

1. MPV Toyota Vellfire yang terbabit dalam kejadian kemalangan dengan pejalan kaki lelaki di Kilometer 13.7 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Batu Caves, Gombak, hari ini.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 4:39 PM