Pacuan empat roda yang dipandu mangsa dihimpit lori treller yang membawa muatan kelapa sawit di Ladang Mados, Jalan Paloh. FOTO Ihsan Bomba
Pacuan empat roda yang dipandu mangsa dihimpit lori treller yang membawa muatan kelapa sawit di Ladang Mados, Jalan Paloh. FOTO Ihsan Bomba
Essa Abu Yamin


SEORANG lelaki hanya cedera walaupun pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan buah kelapa sawit di Ladang Mados, Jalan Paloh hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.46 pagi.

"Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng bergegas ke lokasi. Kami dapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu treler Scania selamat.

"Kami gunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan operasi tamat jam 11.22 pagi. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 3:41 PM