KEADAAN treler terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol di Lebuhraya Guthrie, dekat Rawang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN treler terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol di Lebuhraya Guthrie, dekat Rawang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Rawang: Pemandu treler parah apabila kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol di Lebuhraya Guthrie, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 5.52 petang.

"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan treler jenis Scania yang membawa muatan kontena terbabas sendiri di bahu jalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu treler terbabit, Kanda Rozaini, 39, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba di lokasi.

"Mangsa yang dilaporkan parah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 7:16 PM