TANGKAP layar majlis Aidilfitri anjuran Adun Selat Klang yang didakwa tidak mengikut SOP PKPB. FOTO ihsan pembaca
TANGKAP layar majlis Aidilfitri anjuran Adun Selat Klang yang didakwa tidak mengikut SOP PKPB. FOTO ihsan pembaca
Ruwaida Md Zain


TIADA sebarang laporan polis diterima susulan penyebaran tangkap layar gambar majlis Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan (Adun) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis belum menerima laporan berkaitan perkara terbabit.

"Polis akan memantau dan membuat semakan sekiranya ada," katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid ketika dihubungi tidak menyangka gambar raya pertama itu tersebar kepada umum.

"Gambar pada raya pertama lebih seorang saja sebab memang sudah beritahu tidak boleh lebih 20 orang, tak sangka ia tular," katanya.

Terdahulu, tangkap layar yang tersebar itu memaparkan terdapat gambar 21 individu termasuk Abdul Rashid serta ayat berbunyi, @PDRMsia @IsmailSabri60 @MuhyiddinYassin kalau YB, tak perlu ikut SOP ke? #N44 #DUNSelatKlang.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 5:34 PM