Sri Ayu Kartika Amri


WARGA asing yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditahan sama seperti warga Malaysia.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah atau permit akan dikenakan tindakan sama seperti rakyat tempatan.

“Manakala, bagi warga negara asing yang tiada dokumen, mereka akan ditahan dan dihantar ke depot imigresen untuk tindakan selanjutnya.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa PKP masih berjalan dan tanpa sebarang kelonggaran.

“Orang ramai diminta untuk mematuhi arahan PKP dan tidak keluar dari rumah kecuali atas urusan kecemasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

ANGGOTA keselamatan mengawal pintu masuk ke Apartmen Seri Murni, Selayang selepas kerajaan memutuskan melaksanakan arahan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Fathil Asri.
ANGGOTA keselamatan mengawal pintu masuk ke Apartmen Seri Murni, Selayang selepas kerajaan memutuskan melaksanakan arahan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Fathil Asri.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menangkap 1,174 individu berbanding 1,111 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP, merangkumi 1,012 individu yang direman dan 162 individu dijamin polis.

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam ialah seramai 15,924 individu.


  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 3:12 PM