Sri Ayu Kartika Amri

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 akan dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD ke-6 itu.

“ PKPD ini berkuatkuasa mulai 20 April sehingga 3 Mei 2020, membabitkan lapan parcel yang dikenal pasti.

“PKPD ke-6 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19.

“Langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

ANGGOTA keluarga menghantar makanan di pintu masuk ke Apartmen Seri Murni, Selayang selepas kerajaan memutuskan melaksanakan arahan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur berikutan penularan Covid-19. FOTO Fathil Asri
ANGGOTA keluarga menghantar makanan di pintu masuk ke Apartmen Seri Murni, Selayang selepas kerajaan memutuskan melaksanakan arahan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur berikutan penularan Covid-19. FOTO Fathil Asri

Beliau berkata, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Ismail berkata, lapan parcel itu adalah di Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, Parcel B: Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur, Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur, Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur dan Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi, Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 2:57 PM