DATUK Mohd Khalid Harun, di Menara Dato' Onn, PWTC. FOTO Eizairi Shamsudin
DATUK Mohd Khalid Harun, di Menara Dato' Onn, PWTC. FOTO Eizairi Shamsudin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


KERAJAAN diminta mempertimbangkan dana khusus untuk membantu pemain industri pelancongan tempatan yang terkesan teruk akibat Covid-19.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia Datuk Mohd Khalid Harun berkata, dana yang diwujudkan itu boleh diperoleh hasil penjimatan kempen pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebanyak RM100 juta.

Menurutnya, dana berkenaan boleh disalurkan kepada pemain industri untuk menampung kos operasi bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

“Tanpa suntikan bantuan kerajaan, dianggarkan 40 hingga 60 peratus syarikat dan ejen pelancongan terpaksa gulung tikar ekoran tidak mampu menampung kos operasi.

“Pembatalan tempahan yang mendadak menyebabkan syarikat pelancongan menanggung kerugian yang besar,” katanya.

Beliau berkata, impak Covid-19 turut menyebabkan satu juta pekerja dalam industri ini bakal kehilangan pekerjaan.

Katanya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diyakini mampu memberi suntikan kepada kitaran ekonomi domestik.

“Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi khusus untuk industri pelancongan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 3:47 PM