PETIKAN rakaman CCTV yang tular menunjukkan penyamun terjatuh dari tangga ketika melarikan diri.
PETIKAN rakaman CCTV yang tular menunjukkan penyamun terjatuh dari tangga ketika melarikan diri.
Muhaamad Hafis Nawawi


SEORANG penyamun terjatuh dari tangga ketika melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai di Kl Traders Square, Jalan Gombak, di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Malah aksi suspek bersama dua rakannya itu turut tular di Twitter yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 minit sejak Jumaat lalu dengan jumlah tontonan lebih 135,000.

Difahamkan, suspek yang memakai topi dan berbaju merah itu pada mulanya berpura-pura bertanya kepada pekerja kedai terbabit sebelum dua lagi rakannya yang bersembunyi masuk.

Kejadian 7.19 malam itu berlaku terlalu pantas sebelum suspek berbaju merah keluar dari premis terlebih dan melarikan diri.

Bagaimanapun ketika melarikan diri dia terjatuh dari tangga sebelum rakan-rakannya datang dan mereka beredar dari premis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa tampil membuat laporan, Khamis lalu.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan mengesan suspek bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 6:55 PM