ANTARA rokok seludup yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA rokok seludup yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


SINDIKET pengedaran rokok seludup tumpas selepas enam lelaki termasuk tiga warga Myanmar ditahan polis di Kajang, semalam.

Penahanan mereka itu juga membawa kepada rampasan rokok seludup bernilai RM2 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, enam suspek berusia antara 26 hingga 52 tahun berkenaan ditahan sepasukan pegawai dan anggota JKDNKA menerusi Operasi Asap (Op Asap).

KENDERAAN yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
KENDERAAN yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM

“Sebanyak 2,510,000 rokok seludup berjenama bernilai RM2,058,200 dirampas. Kami turut menyita dua lori serta sebuah kereta bagi membantu siasatan menjadikan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,188,200.

“Hasil siasatan mendapati seorang daripada enam suspek terbabit mempunyai rekod jenayah. Kami percaya sindiket berkenaan bergerak aktif di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini mengikut Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 9:15 PM