PELARIAN Rohingya menunggu di satu kawasan selepas sebuah bot membawa etnik berkenaan karam di selatan perairan Bangladesh. FOTO AFP
PELARIAN Rohingya menunggu di satu kawasan selepas sebuah bot membawa etnik berkenaan karam di selatan perairan Bangladesh. FOTO AFP
AFP

Cox's Bazar: Hasrat sekumpulan pelarian Rohingya mendapatkan perlindungan berakhir tragedi apabila 14 lemas selepas bot dinaiki mereka karam di selatan perairan Bangladesh, awal pagi tadi, kata jurucakap rasmi.

Komander pengawal pantai, Naim Ul Haq berkata, pasukan mencari dan menyelamat bergegas mengaktifkan operasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian.

Menurutnya, seramai 70 lagi diselamatkan di perairan berkenaan namun usaha mencari penumpang lain masih giat dijalankan.

"Bot tentera laut dan pengawal pantai kini terus giat menjalankan operasi berhampiran Pulau St Martin di Teluk Bengal," katanya.

Dianggarkan 700,000 pelarian Rohingya meninggalkan Rakhine ekoran operasi tentera Myanmar pada 2017 dan cuba melarikan diri meninggalkan kem pelarian di Bangladesh dengan menaiki bot ke Malaysia.

Malaysia menjadi lokasi pilihan pelarian Rohingya kerana sebuah negara yang majoriti rakyat beragama Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 3:44 PM