SAJAT ketika mengerjakan umrah. FOTO IG Nur Sajat
SAJAT ketika mengerjakan umrah. FOTO IG Nur Sajat
Muhaamad Hafis Nawawi

“RAKAN dan jemaah umrah yang dibawa saya ketika itu masih nampak dia (Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat) berpakaian wanita ketika mengerjakan ibadat tawaf dan saie,” kata pendakwah bebas Mohamad Amirul Amin Maulana Lokmah Hakim yang dikenali sebagai Pencetus Ummah Amin.

Menurutnya, jemaah ketika itu melihat dia berpenampilan wanita selepas waktu Zuhur waktu Makkah semalam namun mereka tidak sampai hati untuk mengambil gambarnya.

Menurutnya, cuma beliau tidak menyedari ketika itu kerana sedang tunduk walaupun Sajat berada berhampirannya.

“Jadi apabila ada yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar dari Tanah Suci, itu tidak betul kerana dia masih berada di Masjidil Haram.

“Cuma ada jemaah yang melihat kejadian itu membuat laporan kepada pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amin berkata, cuma beliau ingin menasihatkan Sajat ikutlah peraturan dan jangan ada niat hendak bermain serta mempersendakan agama.

“Jangan samakan Makkah dan Madinah dengan tempat kita kerana ia akan memberi kesan kepada semua jemaah dan agensi umrah.

“Mungkin dia (Sajat) kata bala tak turun padanya, namun sebab dia seorang semua orang akan dapat bala,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan kejadian itu juga kini bukan sahaja kecoh dalam jemaah Malaysia namun turut diperkatakan oleh jemaah dari negara lain.

“Apabila masing-masing tidak fokus pada umrah kerana bincang soal Sajat, akhirnya dalam ibadat ada mengumpat...mana nak cantik.

“Namun, saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan-kawannya lembut dan getar...kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya,” katanya.

Berita berkaitan

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 4:38 PM