FUZIAH SALLEH
FUZIAH SALLEH
Asrol Awang

PERMOHONAN maaf usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berhubung penampilannya sebagai wanita di Makkah mampu menjadi pendorong buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, jika Sajat mengaku insaf dengan keikhlasan hati, beliau secara peribadi gembira dengan permohonan maaf itu.

Menurutnya, beliau turut mendoakan semoga umrah yang dilakukan Sajat berjaya membuka hatinya dalam mencari kebenaran.

“Alhamdulillah, sekiranya beliau (Sajat) insaf dan meminta maaf kepada semua pihak dengan hati yang ikhlas.

“Semoga keikhlasan itu membuka hati dalam mencari kebenaran dan mendekatkan diri beliau dengan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf Sajat berhubung kontroversi yang berlaku ketika berada di tanah suci Makkah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan ditemui pada program Jamuan Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu di Kuantan, hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan watikah pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Indera Mahkota.

Hadir sama, ADUN Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang,

Semalam, Sajat membuat permohonan maaf ketika makan bersama usahawan produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang disiarkan secara langsung di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris.

Sajat yang memakai tudung hitam dipetik berkata, sebelum ini dia memang kurang pengetahuan agama dan pergi ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Berita berkaitan

Tak selesa berpakaian lelaki

Sajat kongsi video menangis cium Kaabah

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 3:48 PM