RAZALI bimbang pihak berkuasa Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang diberikan kepada jemaah Malaysia. FOTO NSTP
RAZALI bimbang pihak berkuasa Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang diberikan kepada jemaah Malaysia. FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


PERSATUAN Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) bimbang jika pihak berkuasa Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang diberikan kepada jemaah Malaysia berikutan isu tular membabitkan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzaman.

Presidennya Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ini kerana kerajaan negara itu mengenakan undang-undang tegas melarang golongan transgender daripada menunaikan ibadah haji dan umrah sebaliknya jemaah lelaki atau wanita saja dibenarkan seperti tertera pada permohonan visa.

Katanya, PAPUH berharap hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi tidak akan terjejas disebabkan perkara ini dan kekhuatiran pihaknya adalah berdasarkan laporan media susulan kes jemaah transgender dari Pakistan pada 2017 yang memberi kesan kepada kedua-dua negara.

“PAPUH berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang sengaja mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya.

Ahli perniagaan itu mengundang kecaman netizen apabila memuat naik videonya di tanah suci dengan mengenakan pakaian seperti wanita dan bertelekung sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini.

Berita berkaitan

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 6:41 PM