MOHD Khairiel (kanan) menerima dokumen serah tugas daripada Mohd Hafiz sambil diperhatikan Mohamad di IPD Jempol, hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
MOHD Khairiel (kanan) menerima dokumen serah tugas daripada Mohd Hafiz sambil diperhatikan Mohamad di IPD Jempol, hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


SUPERINTENDAN Mohd Khairiel Mohd Arif dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Jempol yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohd Khairiel, 41, sebelum ini bertugas di Unit Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau menerima tugas sebagai KPD daripada Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor yang sebelum ini memangku tugas pada majlis di Dewan Serbaguna IPD Jempol, hari ini.

Majlis disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Jempol di antara Nor Ain Khairudin dengan Safinaz Muhamad Yusuf.

Mohd Khairiel yang juga juga pemegang Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia menyertai polis pada 2004 sebagai pelatih kadet Asisten Superintendan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 2:25 PM