HOO (kanan) menerima tugas sebagai KPD Jempol daripada Mohd Hafiz  diperhatikan Mohamad  (tengah). FOTO Ihsan PDRM.
HOO (kanan) menerima tugas sebagai KPD Jempol daripada Mohd Hafiz diperhatikan Mohamad (tengah). FOTO Ihsan PDRM.
Abnor Hamizam Abd

Jempol: Superintendan Sekretariat Tetap Polis ASEAN (ASEANAPOL), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Superintendan Hoo Chang Hook dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Jempol baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Mohd Khairiel Mohd Arif yang dinaikkan pangkat daripada Superintendan kepada Asisten Komisioner dan kini bertugas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Hoo menerima tugas daripada Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor yang sebelum ini memangku tugas sebagai KPD.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, hari ini, disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Jempol antara Noorain Khairudin dan Han Yei Lieng.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 8:39 PM