Suliati Asri


BERCUTI tidak punya definisi lain kecuali ketenangan, kedamaian, keseronokkan, kebebasan dan banyak lagi mengikut kepada individu.

Walau bagaimanapun, kerisauan yang tidak menentu dalam pelbagai hal sering terjadi ketika sedang bercuti.

Namun, dengan HUAWEI MediaPad M6 , segala kesulitan dalam apa juga hal termasuk urusan kerja, maklumat atau hiburan dapat diatasi.

HUAWEI MediaPad M6 adalah tablet mudah alih yang memudahkan dan cekap dalam menguruskan dokumen.

Bukan itu saja, ia juga peranti yang membolehkan pengguna membaca dan memperoleh banyak maklumat mengenai kejadian di seluruh dunia.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menonton filem dengan selesa apabila HUAWEI MediaPad M6 ini diletakkan di atas meja.

Hadiah percuma berupa Pad kekunci dan M-Pen Lite bagi setiap pembelian MediaPad M6 ini juga memudahkan pengguna menyelesaikan segala urusan kerja walau di mana mereka berada.

Empat saliran dan pembesar suara Harman Kardon: Beri pengalaman audio menakjubkan!

Reka bentuk HUAWEI MediaPad M6 10.8 inci yang mendatar mengikut revolusi trend terkini. Butang kuasa dan kawalan suara yang terletak di bahagian kanan peranti, dengan kamera hadapan terletak di tengah pula memudahkan penggunaan.

Reka bentuk menarik ini juga membolehkan papan kekunci magnet bertukar dengan cepat ke mod desktop (PC) sekali gus memberikan pengalaman yang luar biasa.

Paparan 2K 2560 X1600 pula memberikan pengalaman menonton video dan bermain permainan dalam talian yang menakjubkan.

Selain itu, HUAWEI MediaPad M6 ini menyokong paparan ClariVu yang dapat menyelesaikan masalah imej kabur, nisbah imej yang tidak rata semasa pengguna melihat gambar, video atau bermain permainan dalam talian.

HUAWEI juga memberikan pengalaman bunyi yang menakjubkan dengan empat saluran pembesar suara yang berada di panel atas dan bawah peranti.

Untuk mendapatkan pengalaman audio visual yang terbaik, jurutera HUAWEI meningkatkan pembinaan dalaman semula dan chipset sistem bunyi, menetapkan skor baru berbanding sistem Android lama yang dapat menyokong dwi-pembesar suara.

Kejayaan itu memberikan nilai audio dan fail visual berdefinisi tinggi ketika dimainkan.

Lebih mengujakan, HUAWEI MediaPad M6 ini adalah peranti pertama di dunia yang menyokong Dolby Atmos dan Dolby Vision pada masa yang sama.

Sistem bunyi juga dipertingkat dengan Harman Kardon sekali gus membuktikan peranti ini memegang prestasi sistem bunyi terbaik.

Mod PC, Pad Kekunci Magnetik: Standard Kerja Dipertingkatkan

HUAWEI Mediapad M6 direka dengan teliti untuk memenuhi standard kerja pengguna dari perisian yang dipasang, mod PC, aplikasi yang dipertingkatkan terutama reka bentuk 10.8 inci.

Papan kekunci magnet yang didatangkan berasingan (perlu dibeli) juga meningkatkan lagi kecekapan kerja

Antara muka dan operasi M6 ini juga adalah serupa dengan PC apabila ia ditukar ke dalam mod PC. Dengan itu pengguna boleh meletakkan papan kekunci magnet dan tetikus Bluetooth untuk matlamat itu.

Pembentangan kerja juga boleh dilakukan dengan peranti hebat ini saja. Mod tulisan tangan juga boleh digunakan walaupun pad kekunci dilampirkan padanya.

Dengan penetapan itu, pengguna dapat menjelaskan perkara yang lebih baik dengan mencoret atau melukis sesuatu pada peranti ini untuk meningkatkan komunikasi.

M-pen Lite juga boleh digunakan pada dokumen Word dan PowerPoint untuk menyerlahkan kandungan yang akan diubah serta lebih mudah untuk bergerak daripada komputer.

HUAWEI MediaPad M6 10.8 inci ini juga dilengkapi M-Pen Lite yang menarik perhatian pengguna terutamanya untuk membuat lakaran, nota dan banyak lagi.

HUAWEI juga meningkatkan penggunaan M-Pen Lite untuk kesesuaian pelbagai tugas seperti kerja pejabat dan banyak lagi.

Kirin 980, GPU Turbo 3.0: Pengalaman bermain ‘game’ yang lancar!

HUAWEI MediaPad M6 dilengkapi dengan chipset AI KIrin 980 yang berprestasi tinggi pertama di dunia sekali gus membolehkan ia menjalankan pelbagai tugas secara serentak dan membuktikan peningkatan besar berbanding HUAWEI MediaPad M5.

Ia juga menyokong GPU Turbo 3.0 terbaru yang didatangkan dengan kecekapan tenaga dan pengalaman bermain permainan mobile yang lebih baik.

Mod Sudut Kanak-kanak: Pengalaman Pembelajaran Selamat!

Menarik mengenai M6, ibu bapa tidak lagi perlu risau jika memberi anak-anak bermain tablet. Ini kerana, menerusi mod sudut kanak-kanak, ibu bapa boleh mengawal tempoh penggunaan tablet untuk mengelak penggunaan berlebihan dan tidak wajar.

Ia juga dilengkapi dengan mod perlindungan mata yang memberi amaran kepada kanak-kanak untuk menjaga jarak dan mengekalkan kedudukan semasa penggunaan HUAWEI MediaPad M6 ini.

Selain itu, keluar dan amsuk antara muka memerlukan kata laluan untuk memastikan kanak-kanak belajar.

Mod Sudut Kanak-kanak ini juga menggunakan reka bentuk kartun, disertakan dengan buku skrap bahasa Inggeris, silibus antarabangsa, animasi dan kedai kanak-kanak. Ia juga menggambarkan nisbah kandungan pembelajaran seperti bahasa, matematik dan lain-lain. Sumber yang luas disediakan untuk pembelajran yang lebih untuk si kecil.

Dengan ciri dan perisian yang hebat, HUAWEI MediaPad M6 nyata peranti yang harus dimiliki.

Kini, bagi anda yang ingin menjadi pemilik peranti hebat ini, HUAWEI MediaPad M6 kini sudah berada di pasaran Malaysia dan dijual dengan harga RM1,899.

Ia juga didatangkan dengan papan kekunci dan M-Pen Lite percuma (bermilai RM568) berdasarkan siapa cepat dia dapat. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Online Store

Pengguna juga boleh memilik HUAWEI MediaPad M6 bersama peranti pintar HUAWEI yang lain, Produk Smarlife HUAWEI sesuai untuk menjadi peneman dikala mengembara menerusi Pakej Kombinasi Pengembara Pintar dengan ansuran bulanan hanya berharga serendah RM22.13 sehari.

Untuk pembelian produk terhebat ini, layari huaweitogether2020.3ex.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 6:39 PM