Suliati Asri


KOMPUTER riba yang menerajui trend, HUAWEI MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D14 dan MateBook D 15 dijual di HUAWEI Store mulai hari ini.

Dengan teknologi komputer terkemuka dunia, ciri pintar dan hadiah percuma menarik, inilah teknologi bergaya teratas yang membuatkan anda ingin membeli HUAWEI MateBook X Pro dan buku nota lain dalam siri MateBook.


Teknologi Bergaya #1: Skrin Sentuh Resolusi 3K dan paparan penuh menakjubkan


HUAWEI MateBook X Pro memanfaatkan keupayaan reka bentuk industri terkemuka dengan paparan Ultra FullView yang menyokong resolusi dan skin sentuhan sehingga 3K bagi memberikan pengguna cara baru dan lebih intuitif untuk berinteraksi dengan peranti mereka.

Warnanya pula menghidupkan kandungan dan akan mewujudkan pengalaman hiburan yang lebih mendalam untuk kenikmatan yang lebih besar.

HUAWEI MateBook 13 juga mempunyai paparan penuh 2K dengan kerjasama Multi-Touch dan Multi-Screen.

Siri Matebook D juga mengagumkan dengan paparan penuh yang memaksimumkan penggunaan panel layer serta layer IPS 1080p FHD.

Ia juga mempunyai perlindungan anti-silau dan cahaya biru rendah yang diperakui TUV Rheinland untuk menambahkan lebih banyak kemudahan kepada tugas produktiviti harian, terutamanya untuk pelajar.

Teknologi Bergaya #2: Ultra Nipis, ringan dan kehalusan hasil kerja tangan bertaraf dunia


Setiap produktiviti yang hebat disokong dengan kemudahalihan terbaik dan aspek itu dapat dicapai menerusi reka bentuk HUAWEI MateBook X Pro anggun.

Dengan ketebalan 14.6mm dan berat hanya 1.33 kilogram (kg), ia menjadikannya sempurna untuk di bawa ke mana saja di dalam beg galas atau sandang.

Dengan bezel nipis di semua sisi, MateBook X Pro mempunyai nisbah skrin-ke-kerangka 91 peratus yang mengagumkan dengan nisbah aspek 3:2 yang tidak konvensional untuk paparan, lebih sesuai untuk produktivi dan pembuatan kandungan.

HUAWEI MateBook 13 menampilkan reka bentuk aluminium, minimalis dengan tepi licin dan berat sekitar 1.3kg membuatkan ia sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak.

Untuk siri HUAWEI MateBook D, MateBook D 14 mempunyai ukuran sama dengan saiz majalah dan beratnya hanya 1.38kg.

Teknologi Bergaya #3: Reka bentuk inovasi dengan kamera tersembunyi


Dalam era digital masa ini, keselamatan adalah sangat penting dan HUAWEI menitikberatkan hal itu dengan memasukkan kamera tersembunyi ke dalam reka bentuknya.

Tersedia pada semua siri HUAWEI MateBook baru yang dilancarkan hari ini, kamera tersembunyi juga mengecilkan faktor bentuk komputer riba dan memberikan pengguna keselamatan yang paling tinggi semasa menggunakan notebook mereka untuk bekerja atau bermain.

Teknologi Bergaya #4: HUAWEI Share, kaedah perkongsian terkini


Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) yang kini dilanjutkan sehingga Jun, ramai yang masih memilih untuk bekerja dari rumah untuk keselamatan diri dan orang lain.

Justeru, menerusi komputer riba HUAWEI ini, bekerja dari rumah dipermudah dengan HUAWEI Share, yang tersedia pada peranti dengan memanfaatkan teknologi HUAWEI EMUI10 dan membolehkan sambungan yang lebih baik di semua peranti.

Hanya dengan satu ketukan, pengguna dapat berkongsi data, memindahkan fail, video dan dokumen dengan mudah.

Dengan HUAWEI Share juga, pengguna dapat menyambungkan telefon ke komputer riba dan mengendalikan kedua-dua skrin sekaligus.

Pengguna juga boleh menggunakan persisian komputer riba seperti layar yang lebih besar untuk lebih terperinci dan papan kekunci yang lebih luas memudahkan untuk menaik.

Teknologi Bergaya #5: Kuasa tahan lama


HUAWEI MateBook X Pro dilengkapi dengan bateri 56Wh.

Ditambah pula dengan mod penjimatan kuasa HUAWEI.

Ia membolehkan pengguna menikmati hayat bateri sehingga 15 jam tanpa perlu risau untuk mengecasnya dengan kerap.

Teknologi Bergaya #6: Penyesuai mudah alih Type-C 65W 2-dalam-1

Siri HUAWEI MateBook dilengkapi dengan penyesuai mudah alih Type-C 65W yang dapat digunakan dengan pelbagai pengecasan keluar.

Ini mermaksud, pengguna dapat mengecas komputer riba dan telefon pintar dengan cepat di mana saja mereka berada.

Teknologi Bergaya #7: Prestasi hebat untuk pengalaman pengguna terbaik


Sesuai dengan status model utamanya, HUAWEI MateBook X Pro memberikan prestasi tanpa kompromi dengan Generasi ke-10 Intel®️ Core ™️ i7-10510U.

Ditambah dengan RAM 16BG dan SSD 1TB, ia memberikan pengalaman yang lancar untuk setiap senario.

HUAWEI MateBook 13 dilengkapi dengan pemproses Intel Core Generasi ke-10, RAM 16 GB.

Teknologi Bergaya #8: Harga dan barangan percuma yang menakjubkan

Pengguna boleh membeli keempat-empat HUAWEI MateBook ini kini di HUAWEI Store disamping menikmati hadiah serta tawaran yang luar biasa.

Menariknya, bagi setiap pembelian HUAWEI MateBook X Pro, pelanggan akan menerima hadiah eksklusif HUAWEI Sound X, pembesar suara terbaru dari HUAWEI yang direka kembali dengan Devialet, selagi stok masih ada.

• PRODUK : HUAWEI MateBook X Pro

• WARNA: Space Grey dan Emerald Green**

• SPESIFIKASI PRODUK: i7 / 16G /1TB SSD/MX250

• HARGA: RM 7,999

• HADIAH PERCUMA: HUAWEI Sound X, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

** Ketibaan Emerald Green akan diumumkan kelak


• PRODUK: HUAWEI MateBook 13

• WARNA: Space Grey

• SPESIFIKASI PRODUK: i7/16G/512G/MX250 & i5/16G/512G/MX250 & R5/16G/512G/Vega 8

• HARGA: RM4,999 & RM4,999 & RM3,499

• HADIAH PERCUMA: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4


• PRODUK: HUAWEI MateBook D 14

• WARNA: Mystic Silver

SPESIFIKASI PRODUK: R7/8G/512G/Vega 8

• HARGA: RM2,899

• HADIAH PERCUMA: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4


• PRODUK: HUAWEI MateBook D 15

• WARNA: Mystic

• SPESIFIKASI : R7/8G/512G/Vega 10

• HARGA: RM2,899

• HADIAH PERCUMA: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI, layari HUAWEI Store atau halaman FACEBOOK HUAWEI di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY .

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 11:00 AM