MEDIAPAD M5 Lite yang sesuai untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak. FOTO Huawei
MEDIAPAD M5 Lite yang sesuai untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak. FOTO Huawei
Muhammad Saufi Hassan


HUAWEI melancarkan siri tablet terbaru keluarannya iaitu MediaPad M5 Lite yang sesuai untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak dengan tanda harga RM1,299.

Pada masa kini, kanak-kanak sangat terdedah dengan skrin peranti mudah alih dan kebanyakannya mampu untuk memberi kesan negatif kepada mata kanak-kanak jika terdedah dalam satu tempoh yang lama.

Bagaimanapun, menerusi peranti MediaPad M5 Lite, ibu bapa tidak lagi perlu bimbang kerana peranti itu dilengkapi dengan 'Kids Corner' dengan lima mod pelarasan skrin khusus untuk kanak-kanak.

Lima mod berkenaan adalah peringatan jarak optimum iaitu ciri ini memberikan peringatan pintar apabila tablet berada dalam kedudukan kurang daripada 25cm daripada muka pengguna.

Mod kedua adalah tatacara postur dan ciri ini memberikan peringatan kepada kanak-kanak untuk tidak melakukan aktiviti pembacaan jika peranti diletakkan dibawah.

Mod lain turut dilengkapi dengan pengubahsuai warna pintar, lapisan pancaran biru dan kawalan masa penggunaan.

Menyentuh aspek spesifikasi tablet, peranti berkenaan menggunakan skrin paparan Definisi Penuh dengan panel IPS 10.1 inci yang menyokong resolusi 1920 x 1200.

Peranti berkenaan juga menawarkan skrin paparan yang jelas menggunakan teknologi ClariVu 5.0 yang memberikan tona warna pintar mengikut kesesuaian lokasi dan pencahayaan.

MediaPad M5 Lite juga didatangkan dengan speaker jenama Harman Kardon yang sering digunakan di dalam sistem pembesar suara profesional.

Pengguna yang membeli menerusi pra tempahan bakal menerima pelbagai hadiah eksklusif bernilai RM268.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari Kedai Rasmi Huawei secara dalam talian menerusi pautan

https://shop.huawei.com/my/product/huawei-m5-lite.

Pengguna juga boleh merebut peluang dengan melakukan pra tempahan bermula 25 Ogos hingga 5 September dan bakal menerima barangan eksklusif seperti Huawei CM510 speaker mini dan Huawei M Pen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 9:02 AM