Suliati Asri


BERMULA dari telegraf, telefon kemudian telefon bimbit, dengan rangkaian 1G ke 4G, teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan tanpa henti kepada semua.

Kini, pada tahun 2020, kita mulai memasuki era 5G di Malaysia tetapi apa sebenarnya 5G?

5G mempunyai banyak faedah bukan hanya kelajuan internet lebih cepat tetapi ia juga membuka kunci potensi di seluruh industri seperti perubatan, pendidikan, pertanian, bandar pintar dan banyak lagi.

Isnin lalu, Projek Demonstrasi 5G Malaysia dilancarkan dengan mempamerkan keupayaan teknologi 5G.

Pada hari sama, teknologi HUAWEI 5G dan peranti 5G turut dilancarkan. Menariknya, HUAWEI menjadi yang pertama memperkenalkan telefon pintar 5G terulung mereka.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G dilengkapi dengan ciri menakjubkan dan pengguna pasti ingin merasai keterujaan saat mengendalikannya.

Teknologi HUAWEI 5G lebih cepat daripada yang lain

Membawa bersama kejayaan kejuruteraan telefon pintar dan inovasi 5G ke dalam satu peranti berkuasa, HUAWEI Mate 30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G pertama disahkan SIRIM di Malaysia.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G menempatkan 21 antena dengan 14 antena menyokong semua rangkaian 5G secara global. Bukan itu saja, peganglah bagaimanapun HUAWEI Mate 30 Pro 5G, pengguna masih dapat menikmati sambungan isyarat 5G yang stabil.

HUAWAI Mate 30 Pro 5G dengan rangkaian 5G ini juga boleh mencapai sehingga 1.8mbps dan ia adalah yang terpantas di Malaysia.


Teknologi HUAWEI 5G mempunyai latensi yang rendah

HUAWEI Mate 30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G dikuasai dengan HUAWEI Kirin 990 5G SoC.

Dengan itu, ia membuka dunia 5G dan mengakses pengalaman sebenar dengan livestream ultra pantas dan lancar dengan lantesi rendah.

Dengan keupayaan itu, kualiti resolusi tinggi dan isyarat stabil pastinya membuatkan pengguna mengaguminya.

Bermain Cloud Gaming melalui pelayaran jauh adalah trend terbaru tetapi pengguna memerlukan rangkaian berkualiti tinggi untuk sokongan.

Namun, dengan keupayaan 5G dari Kirin 99 5G SoC, HUAWEI Mate 30 Pro 5G membolehkan pengguna menjadi pengadopsi awal untuk menikmati permainan video yang beresolusi tinggi dan renda latensi.

Dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan rangkaian 5G, pengguna boleh mencapai ping lebih rendah pada 11ms-20ms manakala 4G adalah sekitar 40-60ms.

Dilengkapi dengan kad seni grafik CG6 Mali-G76 MC16 GPU pada Kirin 990 SoC, ia mampu memproses imej besar dengan penggunaan yang lebih rendah sekali gus memberi hasil grafik terbaik serta pengalaman bermain video yang mengujakan!


Untuk membolehkan pengguna menikmati kehidupan pintar yang sebenar, HUAWEI Vision TV direka dengan fungsi merentas semua jenis peranti, termasuk telefon pintar dan peralatan yang sesuai dipakai.

Televisyen ini diintegrasikan dengan platform HiLink, HUAWEI IOT yang berfungsi sebagai pusat kawalan bagi lebih 900 peranti yang berfungsi platform.

HUAWEI Vision disambungkan ke internet dengan HUAWEI 5G CPE Pro. HUAWEI 5G CPE Pro menyediakan jalur lebar ultra kelajuan tinggi dan ciri Dual-Link pintar. Ia adalah satu kejayaan dalam penggunaan 5G yang menyediakan akses jaringan 5G ke peranti pengguna.


HUAWEI HiLink dalam HUAWEI Vision pula membolehkan 5G CPE Pro disambungkan ke mana-mana rangkaian dengan hanya satu klik.

Pengguna boleh menikmati komunikasi visual definisi ultra tinggi dan interaksi multimedia yang mendalam dengan HUAWEI Vision dan HUAWEI 5G CPE Pro.

Hanya satu kunci membuka pengalaman 5G

Di samping itu, daripada 47 negara di dunia yang mempunyai 5G secara komersil, majoriti rangkaian 5G negara seperti, China, Germany, Britain, Dubai dan Italy dibekalkan oleh HUAWEI.


Ini bermakna, apabila menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, pengguna boleh menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih stabil. Sambungan 5G juga lebih cepat dan stabil dengan pembekal rangkaian yang digunakan.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G, Telefon pintar 5G sejati


HUAWEI Kirin 990 5G menyokong komunikasi penuh 2G/ 3G / 4G / 5G, 5G Bukan Kendiri (Non-Stand Alone – NSA) dan Kendiri (Stand Alone – SA).

Untuk rangkaian 5G di masa depan, akan ada peralihan lancar kepada seni bina SA. Jadi, pengguna tidak perlu mengganti telefon mereka apabila menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

Mate 30 Pro 5G ini lebih berkuasa dengan cip pemprosesan baru Kirin 990 5G. Fotografi dan videografi juga pastinya tidak mengecewakan dengan Mate 30 Pro kerana ia dilengkapi empat kamera Leica yang cukup menakjubkan.


Teknologi AI Air Gesture juga memberikan kemudahan kepada pengguna dalam mengendalikannya. Kolaborasi Multi-Peranti yang ditawarkan telefon pintar ini juga sememangnya sesuatu yang ‘wow’ kerana dengan hanya satu ‘tap’, peranti hebat ini boleh disambungkan terus kepada komputer riba..

Dengan kedatangan era 5G ini, teknologi HUAWEI 5G membawa kejutan yang nyata kepada kehidupan seharian. Ia membolehkan pengguna merasai pengalaman menyeronokkan dengan sambungan 5G berkelajuan tinggi dan latensi rendah.

Jika anda ingin menikmati pengalaman 5G sebenar, HUAWEI Mate 30 Pro 5G pastinya pilihan terbaik!

Klik di sini untuk lebih maklumat mengenai HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 8:48 PM