PENGGUNAAN tablet kini bukan lagi aksesori tetapi satu keperluan terutamanya dalam penerapan kebiasaan baharu di negara ini.

Dengan konsep bekerja dari rumah bagi pekerja dan pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar, penggunaan tablet yang terbaik dan mempunyai ciri menarik adalah pilihan utama.

Justeru, bagi yang sedang mencari tablet terbaik, HUAWEI MatePad Pro 5G adalah pilihan tepat.

HUAWEI MatePad Pro 5G adalah tablet 5G pertama di Malaysia berbanding pesaing lain sekali gus menjadikannya tablet yang anda tidak boleh hidup tanpanya.

Ia didatangkan dengan saiz 90 peratus nisbah skrin-ke-badan terbesar di dunia berbanding dengan dua jenama pesaing yang hanya memiliki 83.08 peratus dan 82.50 peratus.

Saiz bingkai 4.9mm pula adalah rekaan bingkai paling nipis di dunia dan dengan berat 492gram, ia membuatkan tablet ini sangat ringan dan mudah di bawah ke mana saja.

Resolusi skrin 2560X1600 pula menawarkan pengalaman visual yang luar biasa sama ada buat pengguna yang mencari inspirasi atau hanya mahu menyelesaikan beberapa tugasan kerja.

Tablet ini juga didatangkan dengan HUAWEI Kirin 990, prestasi cipset terbaik dengan 5G. Prestasi tablet ini nyata cukup luar biasa. Sebagai 5G SoC terunggul pertama di dunia dikuasakan oleh 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong rangkaian teras bukan persendirian (NSA) dan persendirian (SA), ia juga dapat memastikan kestabilan transmisi 5G dan penggunaan tenaga rendah.

HUAWEI MatePad Pro 5G ini juga memiliki RAM dan ROM terbesar di pasaran iaitu RAM 8GB dan ROM 256GB berbanding jenama lain yang hanya mempunyai RAM 2GB dan ROM 64 GB serta RAM6GB dan 128 ROM.

Tablet ini juga cukup hebat kerana ia adalah tablet pertama di dunia yang menyokong pengecasan tanpa wayar dan pengecasan tanpa wayar berbalik sekali gus membolehkan pengguna mengecas peranti lain secara tanpa wayar.

Baterinya yang berkapasiti besar membolehkan pengguna menggunakannya sehingga 10 jam dan menariknya, ia menyokong pengecasan pantas 40W.

Tablet ini juga mempunyai HUAWEI Share yang menawarkan kolaborasi multi-skrin, membantu mencerminkan skrin telefon pintar pada paparan MatePad Pro 5G yang tidak dapat dijumpai pada tablet jenama lain.

Sebaik disambungkan, telefon pintar pengguna akan masuk ke dalam HUAWEI MatePad Pro 5G bergabung menjadi 'satu' peranti yang hebat. Dengan skrin yang besar, pengguna juga boleh menggunakan lebih daripada satu aplikasi serentak atau membuka banyak paparan dalam satu masa.

Menariknya, pengguna boleh membuat panggilan, mengirim pesanan dan memeriksa foto dari telefon pintar di layar tablet. Kolaborasi merentas peranti ini pastinya menjadikan kehidupan dan kerja pengguna lebih mudah.

Sistem audio hebat yang dimiliki tablet ini juga pastinya memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna terutama ketika menonton filem dalam pelbagai genre yang digemari. Ini kerana, HUAWEI MatePad Pro 5G ini dilengkapi dengan empat pembesar suara yang diselaraskan oleh Harman Kardon®️ Audio. Ianya memastikan pengguna dapat menikmati perincian bunyi yang lebih kuat dan jelas selain perincian akuastik yang penuh terperinci.


Tablet ini juga di sokong dengan HUAWEI MeeTime, salah satu bukti kecanggihan teknologi HUAWEI. Menerusi HUAWEI MeeTime ini, ia membolehkan pengguna membuat panggilan video antara tablet dan telefon bimbit yang dibuat secara berdefinisi tinggi (HD). Lebih menarik, pengguna juga boleh berkongsi paparan layar semasa panggilan video dibuat.

Walaupun HUAWEI MatePad Pro 5G ini adalah tablet, ia boleh ditukar kepada mod komputer kerana ia didatangkan dengan papan kekunci dan M-pensil yang membuatkan kerja lebih produktiviti dan kecekapan yang terbaik.

Lebih menarik, dengan setiap pembelian papan kekunci yang berharga RM449 pengguna akan memperoleh M-pencil secara percuma.

Selain itu, pengguna juga akan memperoleh akses premium HUAWEI Video secara percuma sekali gus membolehkan anda melayari 300 video untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru dengan pakar tempatan Malaysia. Dengan bimbingan 22 pakar, anda boleh menguasai sukan, pendidikan dan hiburan dengan mudah.

Didatangkan dengan warna hutan hijau yang sangat tenang, lembut, elegan dan sangat menyerlah, anda pastinya tidak boleh hidup tanpanya.

Sebagai perbandingan, sila rujuk jadual dibawah:

Dapatkan HUAWEI MatePad Pro 5G pada harga RM3,299 disini: https://bit.ly/2D1sFSk

Bagi pengguna telefon pintar HUAWEI, dapatkan HUAWEI Video App yang eksklusif disini: https://bit.ly/39irgmE

Bagi pengguna telefon pintar berjenama lain, anda boleh mendapatkan HUAWEI Video App disini: https://bit.ly/3eQdqJr

For more information on the HUAWEI MatePad Pro 5G, visit https://consumer.huawei.com/en/tablets/matepad-pro-5g/.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 8:36 PM