Huawei Watch GT2 tampil dengan ciri penggunaan lebih luas selain mempromosikan gaya hidup sihat. FOTO/NSTP
Huawei Watch GT2 tampil dengan ciri penggunaan lebih luas selain mempromosikan gaya hidup sihat. FOTO/NSTP
Muhammad Saufi Hassan


HUAWEI Malaysia semalam melancarkan peranti jam pintar terbaru mereka untuk melengkapkan ekosistem peranti mudah alih keluaran syarikat gergasi berkenaan.

Syarikt gergasi berkenaan melancarkan Huawei Watch GT 2 dan Huawei Band 4 yang didatangkan dengan pemuka bersaiz 46 mm dan 42 mm bersesuaian dengan pengguna lelaki atau wanita.

Tanda harga bagi dua peranti itu bermula RM799 dan pengguna boleh melakukan pra tembahan bermula semalam di Kedai Rasmi Huawei secara dalam talian.

Peranti jam pintar Huawei Watch GT 2 dilengkapi dengan pemproses Kirin dengan cip Kecerdasan Buatan (AI) yang menawarkan pelbagai ciri khusus.

Ia membabitkan 15 mod sukan, 10 mod latihan khas untuk individu aktif dalam merekodkan data harian mereka ketika melakukan aktiviti riadah.

Huawei juga sudah menaik taraf panggilan menerusi Bluetooth termasuk keupayaan jangka hayat bateri untuk tempoh dua minggu.

Watch GT 2 turut didatangkan dengan ciri kesihatan semasa antaranya bacaan kadar jantung, merekod tempoh tidur pengguna dan beberapa mod aktiviti pemantauan lain.

Pengguna juga boleh memilih warna tali jam pintar berkenaan dan bagi Watch GT 2 46mm didatangkan dengan Pebble Brown serta Matte Black.

Bagi pemuka bersaiz 42mm yang direka lebih khusus untuk wanita didatangkan dengan warna Refined Gold dan Lake Cyan.

Peranti pintar Huawei Band pula mempunyai dua warna iaitu Sakura Pink dan Graphite Black.

Harga bagi Huawei Watch GT 2 46mm berwarna Matte Black adalah RM799 manakala Pebble Brown RM899. (klik di sini untuk tempahan)

Untuk varian pemuka 42mm pula, warna Lake Cyan berharga RM799 dan warna Refined Gold berharga RM899.

Peranti Huawei Band 4 pula untuk kedua-dua warna adalah RM139 dan pengguna yang mahu memilikinya boleh memilikinya dengan pra tempahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 12:50 PM