MOHD FADZLI menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Beaufort, Beaufort.
MOHD FADZLI menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Beaufort, Beaufort.
Oleh Norasikin Daineh


Beaufort: Pemuda UMNO Bahagian Beaufort membuat laporan polis hari ini, berhubung salah laku kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis Sabtu lalu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Mohd Fadzli Misdeh mendakwa berlaku kesalahan pilihan raya ketika kempen bermula oleh parti Warisan Sabah (WARISAN).

“Parti lawan memberi kupon dan makan minum seperti larangan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ia dilakukan pada 4 Januari lalu iaitu bermulanya hari kempen selepas penamaan calon PRK Kimanis.

“Perkara itu dilakukan ketika sambutan Krismas dan Tahun Baharu di Pekan Membakut,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Beaufort di sini, hari ini.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat dengan sewajarnya perkara itu walaupun mereka berada di pihak kerajaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan itu.

“Kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 3:04 PM