MOTOSIKAL lelaki warga Indonesia yang maut dalam kemalangan.  FOTO Ihsan Pembaca
MOTOSIKAL lelaki warga Indonesia yang maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


SEORANG warga Indonesia pecah kepala selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 138, Jalan Sandakan-Lahad Datu dekat Kinabatangan, semalam.

Dalam kejadian 10.40 malam, Udin Zainudin, 38, yang juga pekerja ladang kelapa sawit itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum kejadian lelaki itu menunggang bersendirian menuju ke arah Lahad Datu.

Katanya, penunggang dipercayai menunggang motosikal berkenaan dengan laju ketika hujan sehingga terbabas.

“Akibatnya, motosikal hilang kawalan dan lelaki itu terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan teruk pada kepala.

“Mayatnya dihantar ke bilik mayat Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 5:42 PM