MANGSA diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. FOTO Ihsan bomba.
MANGSA diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. FOTO Ihsan bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI cedera selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter di Bukit Tabur, Ampang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.44 pagi.

“Enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berusia 32 tahun terjatuh dari Puncak 7 Bukit Tabur berketinggian 20 meter.

“Mangsa cedera di badan dan muntah darah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, mangsa kemudian dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 2:55 PM