ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Labis. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Labis. FOTO Ihsan Bomba
Mary Victoria Dass


MANGSA banjir di Johor meningkat daripada 2,640 kepada 3,319 mangsa banjir sehingga 11 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor berkata, bilangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut meningkat daripada 42 kepada 49.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 914 keluarga terjejas di enam daerah berbanding 703 keluarga petang tadi.

“Daerah terjejas adalah Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Kulai dan Muar.

“Hanya sebuah PPS beroperasi di Kulai membabitkan 80 mangsa daripada 25 keluarga, sebanyak 12 PPS beroperasi di Kota Tinggi membabitkan 227 keluarga (896 mangsa) dan 10 PPS di Mersing membabitkan 306 keluarga (1,120 mangsa).

“Antara lain, sebanyak 21 PPS di Kluang membabitkan 288 keluarga (973 mangsa) dan empat di Segamat membabitkan 62 keluarga (230 mangsa).

“Banjir di Johor berpunca daripada hujan berpanjangan dan pertembungan air laut sejak petang semalam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 12:39 AM