Penduduk terpaksa mengambil risiko menggunakan landasan kereta api yang telah roboh akibat arus deras selepas laluan jalanraya bandar Segamat ke Yong Peng terputus hubungan apabila air sungai Genuang melimpah di Jalan Genuang. FOTO ADI SAFRI
Penduduk terpaksa mengambil risiko menggunakan landasan kereta api yang telah roboh akibat arus deras selepas laluan jalanraya bandar Segamat ke Yong Peng terputus hubungan apabila air sungai Genuang melimpah di Jalan Genuang. FOTO ADI SAFRI
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Johor terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila sehingga 6 pagi tadi, seramai 8,204 orang dipindahkan berbanding 6,345 pada 10 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah keluarga yang terbabit banjir juga meningkat kepada 2,427 berbanding 1,885 keluarga pada malam tadi.

"Jumlah PPS yang dibuka juga setakat 6 pagi tadi bertambah daripada 57 kepada 70 buah.

"Hanya dua daerah yang tidak terjejas banjir iaitu Kulai dan Pontian," katanya

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Segamat sehingga kini adalah paling tinggi iaitu 6,609 dengan PPS yang dibuka juga paling banyak iaitu 50 buah.

Katanya, di daerah lain dengan lima PPS di Tangkak (157 mangsa), Johor Bahru (dua PPS, 88 mangsa), Kota Tinggi (enam PPS, 1,003 mangsa), Mersing (satu PPS, 111 mangsa), Kluang (empat PPS, 135 mangsa) dan Muar (satu PPS, 90 mangsa).

"Bagaimanapun, satu PPS kembali dibuka di Batu Pahat iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Suria Perdana menempatkan 11 mangsa terdiri daripada tiga keluarga," katanya.

Menurutnya, jalan yang ditutup masih kekal sembilan jalan membabitkan daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:31 AM