KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
Siti A’isyah Sukaimi


HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.66 seliter, RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga berkenaan bagi tempoh 30 November hingga 6 Disember berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.36 seliter dan RM2.29 seliter.

“Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lalu.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 30 November sehingga 6 Disember berjumlah RM115.70 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 5:23 PM